Assalamualaikum.....
Bersempena dengan sambutan Hari Kebesaran Islam iaitu Sambutan Maulidul Rasul 1432H pada 18/02/2011 bersamaan 15 Rabi'ul Awal 1432H KAFA (I) As-Syarif Telok Datok akan menganjurkan satu program sambutan maulidul rasul yg akan dilaksanakan oleh pihak sekolah sendiri dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kuala Langat, Masjid As-Syarif Telok Datok serta Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Tema bagi sambutan Maulidul Rasul pada tahun ini adalah 1Malaysia 1Ummah. Bersempena dengan tema ini kami ingin bersatu dengan komuniti setempat untuk menyemarakkan lagi syiar Nabi Muhammad s.a.w supaya bersatu padu seiringan untuk menghidupkan kembali semangat bersatu padu bersama rakyat setempat.
Berikut adalah butir-butir program...
1. TUJUAN
Mengimarahkan serta menyemarakkan lagi semangat cintakan Rasullallah s.a.w
2. OBJEKTIF PROGRAM
- Menyambut hari kebesaran islam bersempena dengan keputeraan Rasulallah SAW
- Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang ketinggian budi Rasullah
- Mengeratkan lagi hubungan di antara sekolah dan masjid serta komuniti setempat
3. REKABENTUK PROGRAM
3.1 Pengisian
1- perarakan
2- ceramah/tazkirah
3.2 kumpulan Sasaran/kategori
- 170 orang pelajar KAFA(I) As-Syarif Telok Datok
- AJK Masjid As-Syarif Telok Datok
3.3 Tarikh pelaksanaan / tempat
i. tarikh : 18 Febuari 2011
ii. Masa : 2.30ptg – 5.30 ptg
iii. Tempat : KAFA(I) As- Syarif Telok Datok / Masjid As-Syarif telok Datok
Tentatif Program adalah seperti berikut.....
| Hari / Masa | JUMAAT |
| 2.30 – 2.40 | BERKUMPUL DI DATARAN SEKOLAH |
| 2.40 – 3.10 | PERARAKAN BERMULA MENUJU KE MASJID AS-SYARIF |
| 3.10 – 3.20 | RAWI MARHABAN |
| 3.20 – 3.30 | UCAPAN NAZIR |
| 3.30 – 3.35 | UCAPAN KETUA GURU |
| 3.35- 3.45 | UCAPAN PERASMI |
| 3.45 – 4.30 | TAZKIRAH: WAKIL JAIS |
| 4.30 – 4.45 | PENYAMPAIAN HADIAH |
| 4.45 – 5.15 | SOLAT ASAR |
| 5.15- 5.30 | JAMUAN |
Diharapkan dengan pendekatan melalui Program-program seperti akan dapat sedikit
Sebanyak dapat:
i. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang junjungan besar nabi Muhammad saw.
ii. Memberikan ikhya’ semangat perjuangan rasullallah
iii. Mendekatkan lagi hubungan persaudaraan sesama Islam di antara warga KAFA(I)As-Syarif Telok Datok dan Masjid As-Syarif Telok Datok serta komuniti setempat.
No comments:
Post a Comment